Penyertaan Graduan

Bayaran Majlis Penyampaian Ijazah

Bayaran Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma adalah seperti yang tertera di dalam surat jemputan graduan. Bagi graduan Program Kerjasama yang tidak menghadirkan diri ke Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma 2010 ini, sila hubungi Unit Pengurusan Program Kerjasama UTM City Campus Kuala Lumpur di talian 03-26154275.

Bayaran Majlis PenyampBayaran Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma hendaklah dibuat secara online melalui Sistem E-Graduan atau secara deposit tunai di mana-mana cawangan CIMB Bank (No. Akaun: 0118-0001324-05-5). Sila buat salinan kepada slip bayaran bank tersebut. Sila catat nama dan No. Kad Pengenalan pada slip bayaran bank.

Graduan dikehendaki mengemukakan maklumat berikut ke Urusetia Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma, Jawatankuasa Kecil Para Lulusan tidak lewat dari hari Jumaat, 1 Oktober 2010 jam 4.00 petang.

  1. Borang Pengesahan Kehadiran Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma (SP-UPEX-KNV-004)
  2. Salinan Slip Bayaran Bank - sila catat nama dan No Kad Pengenalan pada slip bayaran bank.
  3. Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan (untuk graduan Program Kerjasama sahaja).
  4. Borang Jawapan Kehadiran Majlis Jamuan Makan Malam (SP-UPEX-MJMM) (untuk graduan Program Eksekutif sahaja).

Pendaftaraan

Graduan diberi satu (1) keping pelekat kenderaan (disertakan bersama kad masuk ibu bapa/tetamu).

Graduan dikehendaki melekatkan pelekat kenderaan yang telah diberikan di cermin hadapan kenderaan semasa Hari Raptai dan Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma. Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan kampus.


Kad Barisan

Kad Barisan (Slide Card) yang mengandungi nombor giliran/susunan barisan akan diberikan kepada graduan semasa pendaftaran konvokesyen bagi tujuan memudahkan graduan berbaris mengikut giliran. Sila ikut arahan yang diberikan oleh pegawai dan staf yang bertugas.


Kad Masuk

Seorang graduan akan diberi dua (2) keping kad masuk untuk dua (2) orang ibu bapa/tetamu. Kad masuk ini ada disertakan bersama ini.

Ibu bapa/Tetamu yang tidak membawa kad ini tidak akan dibenarkan masuk ke dewan.

Graduan diminta memaklumkan kepada ibu bapa/tetamu agar berpakaian kemas dan tertib yang bersesuaian untuk majlis rasmi.

Tetamu yang berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dewan.

Ibu bapa/tetamu adalah diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing sebelum jam 7.30 bagi (sesi pagi) dan jam 1.30 bagi (sesi petang).

Semasa majlis sedang berlangsung ibu bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising. Ibu bapa/tetamu juga dilarang meninggalkan dewan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung.


Pelekat Kenderaan

Graduan diberi satu (1) keping pelekat kenderaan (disertakan bersama kad masuk ibu bapa/tetamu).

Graduan dikehendaki melekatkan pelekat kenderaan yang telah diberikan di cermin hadapan kenderaan semasa Hari Raptai dan Konvokesyen. Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan kampus.


Tempat Letak kenderaan

Graduan dan ibu bapa/tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang akan disediakan oleh pihak Universiti. Sila patuhi arahan/tunjuk arah yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Universiti.


Solat Zohor

Graduan yang beragama Islam dibenarkan solat Zohor setelah mendaftarkan diri dan diberi kad barisan. Sebaik sahaja selesai solat graduan diminta segera masuk ke dalam barisan mengikut nombor giliran/susunan yang ditetapkan semasa mendaftarkan diri.

Graduan yang didapati tidak kembali ke dalam barisan pada jam 2.00 petang tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.


Barang-barang Persendirian

Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian seperti beg, kamera, telefon bimbit, alat kelui (Pager) atau sebagainya ke dalam Dewan Sultan Iskandar, UTM.


Graduan Kurang Upaya

Graduan kurang upaya (cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Universiti semasa mengemukakan Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen atau memaklumkan kepada staf bertugas semasa hari raptai.


Kuasa Universiti

Graduan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang dinyatakan di atas adalah dilarang daripada menyertai Majlis Konvokesyen ini.